Tuesday, June 23, 2009

Muhasabah dari Episod Unity Government

A. Alhamdulillah, selesai.
B. Tak mustahil akan berulang lagi jika akar masalah tidak dirungkai.
C. Akar masalah seperti berikut:

  1. Kurang penegasan terperinci dalam beberapa isu kritikal. Sebenarnya jauh dibelakang isu ini terdapat satu kecenderungan berbeza dalam melihat beberapa isu besar.: cth soal kedudukan Islam-Melayu dan bukan Islam, isu hak Melayu-Islam dan persamaan hak, isu dakwah dan strategi politik. Isu tahaluf dan aqad politik. Setakat ini belum ada kejelasan dalam falsafah berkaitan beberapa isu: Contoh perimbangan antara melindungi hak bumiputera (Melayu-Islam) yang sedia didokong oleh kerajaan BN dan dipertahan kuat oleh UMNO dan meritokrasi antara kaum yang dipegang oleh Pakatan Rakyat. Perimbangan antara keperluan menyempaikan Islam kepada musuh termasuk UMNO melalui muzakarah etc dan penjagaan kepada strategi parti untuk elak perangkap musuh. Maka untuk jangka masa panjang, persoalan ini perlu diperincikan sebagai satu hala tuju parti.
  2. Kelemahan dalam sistem membuat keputusan—sepatutnya diselesaikan secara dalaman—tapi gemar membawa keluar tanpa bincang di dalam dulu.
  3. Kurangnya ukhuwah dan tasamuh dalam mendepani sesuati masalah dan isu.
  4. Beberapa komunikasi politik secara sulit antara pemimpin PAS dan UMNO sejurus pilihanraya 2008, memburukkan lagi persepsi terhadap dialog dengan parti lawan ini walaupun perkaitannya tidaklah secara langsung. Komunikasi sulit ini mungkin ada justifikasinya, namun hakikat ahli sensitif dengan aktiviti sebegini tidak boleh dipertikaikan.
  5. Kegemaran sesetengah pihak untuk menonjolkan pendirian di luar mesyuarat sebagai startegi untuk mendesak rakan-rakan dalam jamaah menyokong pendiriannya.
  6. Gagal memahami mainan media yang melaga-lagakan antara satu dengan yang lain.
Harap polemik begini dapat dielakkan pada masa depan dengan menyelesaikan akar masalah di atas.

No comments: