Thursday, January 31, 2008

Abdullah atau Mahathir: Siapa yang bohong?

Salah satu mesti berbohong. Seorang bekas PM, seorang lagi PM. Dr. Mahathir kata, ada perjanjian antara dirinya dan Pak Lah supaya Pak Lah pegang sepenggal sahaja dan serahkan jawatan kepada Najib bila cukup sepenggal. Pak Lah nafikan ada perjanjian begitu....

Penipu. Pembohong. Bohong rakyat dan bohong satu dunia. Yang mana satu?

Monday, January 28, 2008

Klip Video Linggam dan kewarasan yang hilang

Lambat sungguh Suruhanjaya Diraja tertubuh. Kalau tidak kerana perarakan peguam-peguam di Putrajaya, kalau tidak kerana desakan rakyat, saya percaya manusia pekak badak di atas sana tidak akan menubuhkannya. Sepatutnya, penubuhan suruhanjaya seperti ini dibuat segera. Paling lambat seminggu selepas video kilp pertama didedahkan. Tapi manusia-manusia di atas itu seolah tak kisah langsung. Mereka tak terkejut pun bila video tu terdedah. Apa lagi rasa bersalah. Seakan mereka sudah tahu segala yang hanyir dan busuk selama ini. Kalau mereka terkejut pun bukan kerana kecewa dengan kebusukan itu, tetapi kerana resah bagaimana maklumat itu terlepas kepada lawan.

Bayangkan. setelah sekian lama, baru ditubuh Suruhanjaya Kabinet untuk menyiasat. Suruhanjaya tanpa kuasa! Lalu sibuk lah BPR dan PDRM ke sana sini menggeledah. Yang teruk di siasat bukan yang Lingam atau hakim-hakim korup dalam video itu, tapi Dato Seri Anwar, orang yang mendedahkannya. Anwar diugut-ugut untuk didakwa.

Lepas suruhanjaya lemah itu selesai tugas, dilengah-lengahkan lagi. Ditubuh pula panel tiga menteri untuk mengkaji tindakan. Lama lepas tu baru lah ditubuhkan Suruhanjaya Diraja yang ada itu.

Rakyat saksikan betapa suruhanjaya itu bermain politik. Kenapa penghujahan peguam Anwar dan Wee Chee Keong yang mewakili adik Lingam diadakan secara tertutup. Transparency International pun bantah tindakan tu. Seolah-olah mahu sembunyikan sesuatu. Kenapa dibiarkan Lingam mempermainkan sidang. Mengaku tidak, menafikan pun tidak. Lingam dan Tan Sri 'Tengku' Adnan nampak seiya sekata. Dua-dua berpendapat Lingam bercakap ketika mabuk. Kalau mabuk tak kan boleh bercakap begitu detail dan berisi.

Lagi ajaib bila Anwar tidak pula dipanggil. Sepatutnya dia orang pertama dipanggil kerana dia yang mendedahkan. Kenapa? Takut? Jika takut, apa yang ditakutkan? Adik Lingam juga tidak dipanggil memberikan keterangan. Memang tak logik. Jika betul mahu memulihkan keyakinan kepada badan kehakiman, biar semua bercakap, secara terbuka. Biar semua keraguan terungkai. Semua persoalan terjawab. Nafi, nafi dan nafi semata-mata akan terus meragukan rakyat. Setakat ini belum ada penjelasan yang waras, bagi seribu macam persoalan yang berligar dalam problema ini...