Wednesday, June 5, 2013

Isu Kota Damansara

Polemik berpanjangan di kalangan ahli dan pemimpin PAS berhubung dengan pertandingan 3 penjuru di DUN Kota Damansara dalam PRU13 sekadar rentetan masalah dalaman PAS yang berkait rapat dengan masalah-masalah lain sebelum ini. 

Pada asalnya masalah ini adalah masalah antara parti dalam PR. Dari sudut ini kelihatan sudah reda. Baguslah.

Tapi dari sudut pertikaikan antara ahli dan pemimpin PAS masih belum reda. Terus hangat diperbualkan. 

Ia menjadi begini kerana PAS sendiri ada masalah dalaman yang ibarat api dalam sekam. Masalah ini boleh diselesaikan tapi ia perlu perhatian dan kesungguhan.

Kebanyakan ahli PAS sebenarnya lebih banyak akur dan mengikut apa yang dipandu oleh teraju mereka. Tarbiah PAS mengajar ahlinya banyak mengalah dan patuh dengan ketetapan pemimpin. Pada dasarnya ia akhlak yang baik dalam sesebuah organisasi. Bahkan ini antara kekuatan PAS selama ini.

Tapi ada juga ahli yang agak nakal. Suka mempersoal dan suka membantah. Sikap ini bukan sepenuhnya tidak baik. Ada kebaikannya. Tapi jika keterlaluan ia mendatangkan keresahan dan keliru.

Sikap ahli yang 'nakal' ini sebenarnya berpunca dari pemimpin yang juga 'nakal'. Nakal pemimpin dan ahli ini bukan bermakna mereka jahat atau mahu meruntuhkan jamaah. Mereka sayang jamaah. Mereka buat nakal sebab sayang. Tapi kenakalan sebab sayang itu menimbulkan resah.

Resah hari ini belum membawa terbelah. Jika resah membawa belah, itu bencana namanya. Masih ada ruang luas untuk bertaut kembali perasaan yang terguris. Yang lebih penting lagi ialah untuk mempertautkan hati, haluan, fikir dan amal. 

Moga esok menjanjikan fajar yang mendamaikan...
 

No comments: