Bagi saya Presiden PAS itu tidaklah meletakkan penerimaan cadangannya itu sebagai sasaran utama. Apa yang disuarakan itu lebih merupakan isyarat yang mahu disampaikan. Sesuatu isyarat akan lebih kuat kesannya jika ia berlainan dan ganjil. Ia juga mendapat tarikan jika ada terma rujukan atau jenama. Maka perkataan 'kerajaan perpaduan' ditonjolkan.
Saya melihat sasaran utama Presiden PAS itu ialah untuk menyempaikan mesej dan isyarat berikut:
1. Sebahagian rakyat mula bosan dengan pergolakan politik yang tiada penghujung: maka PAS BERSAMA DENGAN SENTIMAN RAKYAT ITU.
2. Rakyat mahukan pihak berkuasa menumpukan usaha memulihkan ekonomi-bukan makin bertelagah: maka PAS JUGA MAHU DEMIKIAN.
3. PAS parti yang terbuka--maka MASUKLAH PAS
4. PAS bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat. Maka PAKATAN RAKYAT BUKANLAH SATU-SATUNYA OPSYEN YANG PAS ADA.
Memanglah apa yang saya catatkan itu sekadar andaian. Namun saya yakin pemimpin PAS tidak akan menyertai apa-apa bentuk kerajaan perpaduan tanpa menegnakan syarat yang ketat seperti pemansuhan ISA, pembantrasan rasuah hingga akar umbi, penjernihan institusi kehakiman dan kepolisan dan lain-lain.
Maka, pandangan-pandangan yang skeptikel kepada cadangan Presiden PAS itu nampaknya tersasar. Usahlah terlalu bersangka buruk sehingga mencatatkan bermacam-macam persepsi negatif tanpa usul periksa.
Ringkasnya, saya sokong cadangan itu dan menganggapnya sebagai pandangan yang baik, bijak dan tepat pada masanya. Ia juga selari dengan hasrat saya untuk melihat kurangnya politiking dalam negara ini. (Rujuk posting saya yang lalu).
No comments:
Post a Comment