Wednesday, February 18, 2009

Pilihanraya kecil menguntungkan rakyat?

Dalam masa tidak sampai dua bulan lagi kita akan menyaksikan dua lagi pilihanraya kecil. Itu pun jika perletakan jawatan YB Elizabeth Wong ditolak oleh pemimpin partinya.  Jika perletakan jawatan itu diterima, bermakna akan berlaku pilihanraya kecil di DUN Bukit Lanjan di samping dua lagi ‘bukit’ iaitu DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang.

Pilihanraya-pilihanraya ini diadakan tidak lama selepas pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang menyaksikan saingan sengit antara BN dan PAS, yang turut dibantu oleh PKR dan DAP. Beberapa minggu sebelum itu negara memberikan fokus kepada pilihanraya kecil Permatang Pauh yang mempertaruhkan Ketua Pembangkang sekarang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Perak terdapat kemungkinan berlaku pilihanraya kecil di tiga DUN yang melibatkan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang meninggalkan parti masing-masing. Malah, tidak mustahil berlaku pilihanraya kecil bagi seluruh DUN di negeri Perak.

Di samping itu beberapa  piliharaya kecil mungkin juga berlaku berikutan petisyen pilihanraya yang dikemukakan oleh pihak lawan yang tidak berpuashati seperti di Parlimen Pensiangan dan Parlimen Kuala Kangsar.

Semua senario ini berlaku dalam situasi negara menghadapi ancaman kemelesetan ekonomi global yang begitu serius. Kemelesetan ini mengheret negara kearah kelembapan ekonomi dan kesempitan hidup rakyat yang mengalami kejatuhan permintaan antarabangsa dan domestic seterusnya mengakibatkan kehilangan pekerjaan, pengangguran, kenaikan kos hidup dan sebagainya.

Malah senario ini juga dilatari dengan masalah social yang melibatkan jenayah dan keruntuhan moral semakin parah, walau pun agak jarang diperkatakan. Bahkan dalam sukan pun negara mengalami zaman kemunduran yang ketara. Demikian juga dalam pendidikan, suasananya agak kelam apabila tokoh-tokoh bahasa dan sastera serta budayawan yang memang disegani, terpaksa ‘bersilat’ dengan kepimpinan negara dalam isu PPSMI.

Persoalannya, ke mana focus kita. Membangunkan ekonomi, pendidikan dan sosial negara, atau terus-terusan berkonfrantasi dalam tempurung politik kepartian.  Nampaknya budaya politik dan sistem kenegaraan kita mengheret rakyat dan teraju negara untuk terus berpolitik sepanjang masa walau pun pilihanraya umum sudah berlalu hampir setahun lalu. Buktinya, iklim politik masih hangat dan dijangka akan terus hangat seperti seolah-olah kita berada dalam tempoh kempen pilihanraya umum.

Saya berpendapat kemelut ini berlaku kerana dua faktor mudah: pertamanya, budaya politik yang dibawa oleh orang-orang politik. Kedua, kerana sistem politik dan perlembagaan kita yang membawa kea rah itu.

Budaya politik orang politik yang sentiasa cuba untuk menjadikan apa yang berlaku sebagai bahan untuk keuntungan politik menjadikan rakyat sentiasa diheret ke kancah politik. Bagi yang berkuasa, pertimbangan pentadbiran banyak dipengaruhi dengan elemen politik kepartian. Kadang-kadang berlaku tekanan dan diskriminasi politik yang menimbulkan rasa tidak puas hati yang berpanjangan. Bagi yang tidak berkuasa, setiap langkah pihak berkuasa akan dipandang dari kaca mata negatif sebagai pembangkang.

Lebih memburukkan keadaan ialah sikap orang-orang politik yang sentiasa mengintai-intai peluang untuk merampas kuasa dengan cara ‘membeli’ ahli-ahli dewan sepaya membelot. Usaha yang berterusan begini mendorong suasana politiking yang tiada penghujungnya.

Selain itu sistem politik dan undang-undang kita juga mendorong suasana berpolitik yang berterusan walau pun pilihanraya umum telah lama melabuhkan tirainya. Berikut saya perincikan beberapa aspek sistem politik dan perundangan yang mempengaruhi permasalahan ini. Beberapa cadangan pembaikan juga dikemukakan untuk penilaian bersama.

Hapuskan pilihanraya kecil

Peraturan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan setara dalam perlembagaan-perlembagaan negeri yang memperuntukkan perlu diadakan pilihanraya kecil apabila berlaku kekosongan kerusi Dewan Rakyat dan DUN. Peruntukan ini kelihatan wajar dan logik, bahkan sekian lama diguna pakai dalam negara ini tanpa sebarang pertikaian. Persoalan yang fundamental ialah: adakah rakyat memerlukan pilihanraya kecil bila berlaku kekosongan? Adakah wujud cara lain untuk mengatasi masalah kekosongan kerusi wakil rakyat?

Saya berpendapat, dalam suasana pilihanraya kecil yang kerap ini, kita wajar menimbang semula formula sistem politik ini. Dalam sistem pilihanraya di Malaysia, para pengundi memilih parti dan calon yang mereka sukai. Perkembangan mutakhir menunjukkan bahawa faktor parti jauh lebih penting daripada faktor calon dalam mempengaruhi pilihan pengundi.

Kebanyakan pengundi memilih berasaskan parti yang disukai, walau pun tidak mengenali calonnya. Kepercayaan yang diberikan sebenarnya lebih menjurus kepada parti, bukannya calon. Cuma dalam kes yang terpencil, seperti rekod calon terlalu buruk, atau seseorang calon itu amat berpenagruh, maka faktor calon tetap bermakna. Namun kes begini dianggap tidak terlalu significan dalam menentukan kepentingan rakyat dalam berpolitik.                                                               

Oleh itu, parti politik yang menang di sesuatu kerusi sepatutnya dianggap lebih berhak ke atas kerusi berkenaan berbanding wakil rakyatnya.  Wakil rakyat perlu dianggap sebagai wakil yang melaksanakan tanggungjawab parti di kerusi itu. Maka, bila berlaku kematian umpamanya, parti yang telah menang itu sepatutnya diberikan hak untuk menamakan tokoh lain untuk menjadi wakil rakyat di situ. Tanpa perlu menjalankan pilihanraya kecil, tokoh yang baru itu bertanggungjawab menjalankan amanah membantu rakyat bagi pihak parti.

Kaedah ini sekaligus dapat mengurangkan pertelingkahan dan politiking antara parti-parti politik. Pilihanraya kecil bukan sahaja mengganggu tumpuan kepada tanggungjawab kerajaan, bahkan ia juga menyebabkan berlaku pembaziran akibat perbelanjaan yang besar. Di samping itu kestabilan politik juga dapat dijaga dengan kurangnya usaha untuk meningkatkan pengaruh politik dalam tempoh selang antara dua pilihanraya.

Mengatasi masalah lompat parti

 Antara perkara yang menimbulkan sensasi politik selepas PRU 12 ialah isu lompat parti. Isu ini tidak pernah reda hingga hari ini. Ia dimulakan dengan usaha BN untuk menggagalkan penubuhan kerajaan campuran PKR, PAS dan DAP di beberapa negeri. Kemudian disensasikan lagi oleh gembar-gembur 13 September oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terkini dan yang paling memberikan impak ialah peristiwa lompat parti tiga ADUN Pakatan Rakyat Perak yang mengakibatkan tumbangnya kerajaan PR itu.

Lompat parti bukan satu tindakan yang baik. Seperti yang dihuraikan di atas, sebanyakan pengundi membuat pilihan atas faktor parti, bukannya calon. Maka tindakan melompat parti itu dianggap sebagai mengkhianati kepercayaan pengundi. Maka, saya berpandangan undang-undang perlu dipinda bagi menghalang tidakan lompat parti. Jika perlembagaan menjadi pelindung kepada lompat parti, pindaan perlembagaan wajar dibuat untuk mengecualikan lompat parti dari hak kebebasan menyertai pertubuhan.

Halangan yang dibuat bukannya dalam bentuk melarang wakil rakyat keluar parti, tetapi ia dengan cara mengosongkan kerusi wakil rakyat berkenaan jika dia melompat dan memberikan mandat kepada  parti politik berkenaan untuk menamakan tokoh lain menduduki untuk kerusi itu.

Penetapan tarikh pilihanraya umum

Satu lagi peraturan yang meningkatkan suhu politik nagara ialah yang berkaitan dengan kuasa Perdana Menteri (dan Menteri Besar) untuk menasihati YDPA (serta Sultan) bagi membubarkan Dewan pada bila-bila masa sebelum tempoh tamat penggal dewan iaitu selama 5 tahun. Kebiasaannya parti-parti poloitik akan mula memulakan kempen sekitar dua tahun setengah atau tiga tahun selepas pilihanraya yang lalu.

Tindakan ini dilakukan, memandangkan rekod-rekod yang lepas menunjukkan bahawa Perdana Menteri biasanya akan mengisytiharkan pembubaran Dewan Rakyat jauh lebih awal dari tempoh 5 tahun. Contohnya PRU tahun 1982 diadakan ketika penggal parlimen baru berusia 3 tahun 6 bulan, iaitu 18 bulan lebih awal dari tempoh yang ada.

                Saya berpandangan bahawa amalan pengumumkan pilihanraya umum mengejut ini perlu dihentikan. Perlembagaan perlu dipinda bagi memberikan kuasa dan tanggungjawab kepada SPR untuk menetapkan tarikh sesuatu pilihanraya umum dalam masa enam bulan selepas pilihanraya umum sebelumnya. Tempoh antara sesuatu pilihanraya umum dengan yang lain pula sepatutnya tidak kurang dari 54 bulan dan tidak lebih dari 60 bulan (5 tahun).

                Diharap cara ini dapat mengurangkan spekulasi tarikh pilihanraya yang mendorong parti-parti politik berkempen dan serang-menyerang,  jauh lebih awal dari sepatutnya.  Selain itu, ia juga memberikan keadilan kepada semua pihak dan secara tidak langsung mengurangkan ketegangan politik di kalangan rakyat.

                Di samping itu, perlembagaan juga perlu dipinda agar semua pilihanraya  negeri diadakan serentak dengan pilihanraya umum peringkat Parlimen. Pendekatan ini bukan sahaja dapat mengendurkan sentimen politik, bahkan dapat menjimatkan perbelanjaan pengendalian pilihanraya.  

 Cadangan-cadangan di atas bukan sahaja dapat mengurangkan percakaran politik serta menjimatkan perbelanjaan, bahkan ia juga dapat mempastikan kerajaan yang tertubuh selepas pilihanraya umum dapat tegak dengan stabil tanpa diganggu gugat dengan masalah peralihan akibat pilihanraya kecil atau lompat parti. Kestabilan kerajaan ini penting bagi memastikan perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan meyakinkan. 

Walaupun kerangka politik dan perundangan Malaysia dilatari dengan sistem dari British ala-Westminister, namun tiada apa yang dapat menghalang kita untuk merubah sistem ini sesuai dengan tuntutan masa dan pengalaman negara-negara lain.  Perkara yang paling penting bagi pembuat dasar ialah kepentingan rakyat dan negara, bukannya semata-mata untuk menjaga legasi yang nampaknya semakin banyak merimaskan kehidupan rakyat yang mengharapkan kedamaian

Wednesday, October 22, 2008

Timbalan Perdana Menteri Bukan Muslim: Anda setuju?

Saya tak pasti siapa yang memulakannya. Namun idea untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 dan 3 dengan diisi oleh pemimpin bukan Muslim sudah lama kedengaran. Sejak dari tahun 1980-an lagi. Mungkin juga lebih awal dari itu.

Sejak DS Anwar mencanangkan penubuhan perajaan Pakatan Rakyat, terdapat juga suara-suara yang menyebut tentang kewujudan jawatan ini. Saya tak pasti adakah ia sekadar cakap-cakap atau memang perancangan. Saya juga tak pasti adakah ia telah mendapat endorsement dari PAS, PKR dan DAP atau belum. Namun, cadangan ini nampak seperti mahu dilaksanakan. Bahkan ada juga yang menambah bahawa perlu ada jawatan TPM4 untuk pemimpin dari Sabah atau Sarawak selain dari TPM2 untuk kaum Cina dan TPM3 untuk kaum India.

Kemudian timbul pula cadangan dari Ketua Pemuda MCA baru Datuk Liow Tiong Lai yang cadangkan agar wujud jawatan Timbalan Pengerusi 2 untuk BN dari MCA. Saya percaya, jika ideanya dipanjangkan MIC pun akan meminta jawatan Timbalan Pengerusi 3. Seterusnya ia akan membawa kepada wujud jawatan TPM2 dan 3 sebagai datu imbangan tawaran kepada apa yang mungkin ditawarkan oleh Pakatan kepada kaum Cina dan India.

Kemudiannya saya terbaca ulasan YB Khalid Samad yang dipaparkan dalam blog rasmi PAS. Petikan beritanya seperti berikut:

Mengulas lanjut mengenai kegusaran pihak tertentu tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang mungkin disandang oleh orang bukan Melayu, Khalid berkata perbincangan tentang jawatan tersebut masih belum dilakukan. 

“Bagaimanapun bagi saya ia bukan satu isu, yang penting jawatan nombor satu adalah Muslim, sekiranya timbul masalah kita boleh lantik jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada tiga orang di mana menteri-menteri akan diagihkan di bawah TPM. 

“Oleh kerana jawatan TPM bukan satu jawatan
yang disebut dalam perlembagaan, maka kaedah tersebut boleh digunakan,” katanya. 

Jelas Khalid,
DAP mengetahui tentang sensitiviti berhubung jawatan tersebut. 

 

Jika anda bertanya kepada saya, adakah saya setuju? Saya akan jawab setuju jika tokoh Cina, India dan pemimpin dari Sabah/Sarawak itu adalah MUSLIM.

Jika tokoh itu bukan Islam, maka saya tidak setuju.

Bagi saya selagi kita mampu, kita perlu terus kekalkan kuasa pemerintahan ini di tangan umat Islam. Walau pun jawatan itu tidak wujud dalam Perlembagaan, penerimaannya selama ini secara konvensyen perlu dipertahankan. Usah terlalu mudah dan murah dalam mengendurkan kedudukan kuasa umat Islam.

Ini bukan soal perkauman atau sentiment kebencian berasaskan agama. Soal hak kekuasaan ini wajar dipertahankan berdasarkan beberapa faktor:

  1. Maslahah umat Islam yang masih belum kukuh dari aspek pendidikan, ekonomi dan akhlak. Kerosakan dan kepunahan yang dilakukan oleh pemerintah selama ini menjadikan kedudukan umat Islam secara komperatifnya bukan semakin baik, bahkan semakin merudum.
  2. Perlunya dominasi kuasa umat Islam untuk menegakkan agama Allah (jika bukan melalui kerajaan Pakatan Rakyat hari ini mengukin untuk masa hadapan). Jadi, sebarang usaha untuk merungkaikan amalan konvensyen yang sedia ada akan merumitkan usaha mendaulatkan Islam suatu hari nanti.
  3. Faktor sejarah yang membuktikan umat Islam memerintah bumi ini secara total dengan pelaksanaan undang-undang Islam termasuk undang-undang jenayah Islam yang sering menjadi bahan pertikaian itu.

Maka, atas premis di atas, saya amat berharap agar cadangan unutk mewujudkan jawatan TPM2, 3 dan 4 dengan dipegang oleh bukan muslim ditolak. PAS selaku benteng yang berperanan mempertahankan Islam perlu tegas dalam hal ini.

Saya tak pasti, adakah apa yang disebut oleh YB Khalid itu satu keputusan Lajnah Politik atau pandangan peribadi. Jika, ia keputusan rasmi saya berharap agar perkara itu dirujuk kepada Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat. Jika ia sekadar pandangan peribadi, saya cadangkan YB Khalid hentikan mengeluarkan idea yang mungkin boleh melunturkan kedudukan Islam. (Apa lagi jika menggambarkan seolah-olah bersedia untuk menerima TPM tunggal bukan Muslim dengan ungkapan 'yang penting jawatan nombor satu adalah Muslim')

Tahaluf Siyasi Parti Keadilan Sejahtera Indonesia

PKS adalah satu parti yang didokong oleh Islamis di Indonesia. Sistem perkaderannya agak kemas dan tersusun, bahkan mempunyai pemeringkatan ahli ala-Ikhwan. Parti ini teguh mempertahankan prinsip dan amalan Islam, tetapi dalam masa yang sama bijak melabuhkan suara terbukanya di tengah-tengah bumi Indonesia.

Menjelang Pemilu 2009 (Pemilihan Umum), PKS meletakkan sasarannya mendapat 20% undi dari seluruh pengundi Indonesia. Peratusan ini dikira tinggi berdasarkan politik Indonesia yang tidak mempunyai parti unggul. Parti terbesar seperti Golkar dan PDI-P hanya menguasai sekitar 25% sahaja.

Jika sasaran PKS itu menjadi kenyataan, mereka akan mencalonkan Capres (Calon Presiden) mereka sendiri. Jika agak merosot mereka akan mencalonkan Cawapres (Calon Wakil [Naib] Presiden). Yang pasti mereka perlu bekerjasama dengan parti lain untuk melaksanakan misi itu.

Kerjasama PKS boleh dilakukan dengan parti-parti Islam kerana di sana terdapat banyak parti berasaskan Islam seperti PPP, Parti Bulan Bintang dan seumpamanya. Ada juga parti yang condong kepada Islam seperti parti Amien Rais (Partai Amanat Nnsional) dan parti Nahdiyyin seperti Parti Kebangkitan Bangsa yang dahulunya dipelopori oleh Abdurrahman Wahid atau Gus Dur.

Tetapi berdasarkan maklumat dibawah, nampaknya PKS lebih cenderung untuk berkoalasi dengan parti berbasiskan nasionalis terutamanya Golkar, PDI-P dan Parti Demokrat.

Trend ini sekurang-kurangnya seiring dengan sikap golongan Islamis di Malaysia yang juga berkerjasama dengan kelompok sosialis-liberal-demokrat seperti PKR serta parti berlatar non-Muslim seperti DAP.

Namun persoalannya, adakah golongan Islamis di Malaysia bersedia untuk pergi lebih jauh iaitu bukan sekadar kerjasama untuk berpilihanraya atau mentadbir negeri, tetapi berkerjasama untuk memerintah negara.

Artikel berkaitan- dipetik dari laman web PKS :

Partai Keadilan Sejahtera (PKS) menargetkan perolehan suara Pemilu legislatif 2009 sebesar 20 persen. Jika target itu terpenuhi, PKS akan mengajukan Calon Presiden (Capres) sendiri. Dua kader PKS paling berpeluang jadi Capres atau Cawapres (Calon Wakil Presiden) adalah Hidayat Nurwahid atau Tifatul Sembiring. Kaderisasi partai ini berjalan sangat baik dibanding beberapa partai lain. Citra partai ini juga terus menaik. Tampilnya para politisi muda berpendidikan dan mengusung moral (Islami), kepedulian sosial dan beberapa kegiatan dengan cara damai telah menjadi daya tarik tersendiri partai ini. Diperkirakan, perolehan suara partai ini akan naik dibanding Pemilu 2004. Target 20 persen bisa mungkin tercapai, paling sedikit suara 10 persen kemungkinan besar akan tercapai.


Jika preolehan suara PKS mendekati 15 persen, kemungkinan partai ini sudah akan mengusung Capres sendiri dengan mengajak partai lain berkoalisi, walaupun para petinggi partai ini menyebut bahwa partai ini baru akan mengajukan Capres jika perolehan suara Pemilu legislatif mencapai 20 persen. Bahkan dengan perolehan sedikit di atas 10 persen saja, PKS kemungkinan sudah akan mengajukan Capres sendiri berkoalisi dengan partai lain.


Jika PKS mengajukan Capres sendiri, kemungkinan kader yang akan mereka ajukan adalah Hidayat Nurwahid, mantan Presiden PKS yang saat ini menjabat Ketua Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR). Pilhan kedua adalah Tifatul Sembiring, Presiden PKS. Kedua kader PKS ini berusia lebih muda dibanding beberapa tokoh (kandidat Capres) lainnya. Hidayat dan Tifatul akan berusia 48 tahun saat Pilpres 2009 diadakan. Sementara, SBY menginjak usia 60, Megawati Soekarnoputri 62 tahun, Wiranto (62), Sultan Hamengku Buwono X (63), Akbar Tandjung (64), dan Sutiyoso (65), Amien Rais (65), M Jusuf Kalla (67) dan Abdurrahman Wahid (69).


Jadi Hidayat atau Tifatul bisa mewakili generasi muda (generasi baru) dalam pertarungan merebut kepemimpinan nasional pada 2009 nanti. Dalam hal apakah kedua tokoh ini akan benar-benar tampil sanagt tergantung pada keputusan PKS. Perlu dicatat, dalam hal penentuan siapa di antara kedua tokoh ini atau kader PKS lain, menjadi Capres atau Cawapres, sejauh ini, partai ini sangat taat pada mekanisme partai. Segala keputusan diambil dalam mekanisme partai yang berpuncak pada Majelis Suryo. Dan siapa pun yang ditetapkan melalui mekanisme partai, selalu mendapat dukungan sepenuhnya dari para kader dan kepengurusan di semua tingkatan. Mesin politik partai ini berjalan dengan baik.


Hal ini pula yang memberi nilai tambah pada posisi tawar partai ini jika berkoalisi dengan partai atau tokoh lain. Sementara, dengan partai mana dan tokoh mana PKS akan berkoalisi sangat ditentukan pada persamaan visi dan misi. Berkoalisi dengan partai berbasis Islam lainnya, sangat memungkinkan. Namun secara taktis dan strategis, PKS lebih memungkinkan berkoalisi dengan Partai Hanura, Partai Demokrat, Partai Golkar dan/atau PDI-P.


Tapi masalahnya, keempat partai ini berniat mengajukan Capres sendiri, apalagi Partai Demokrat dan PDIP sudah pasti mengusung Capres sendiri yakni SBY dan Megawati. Maka jika PKS mengusung Capres sendiri, paling berpeluang berkoalisi dengan Partai Golkar. Tapi jika dilihat dari kedekatan tokoh (figur), PKS kemungkinan akan berkoalisi dengan Partai Hanura (jika Hanura meraih suara 3-5 persen saja dalam Pemilu legislatif) dengan mengusung Wiranto sebagai Capres berpasangan dengan Hidayat Nurwahid atau Tifatul Sembiring sebagai Cawapres.


PKS sendiri sudah mulai menghitung kekuatan koalisi pasca Pemilu 2009. Menurut Presiden PKS Tifatul Sembiring, PKS menyadari bahwa pada 2009 belum mampu menjadi partai yang mendapat suara mayoritas (single majority). Dijelaskan, sistem pemilu dengan multipartai sederhana seperti yang berlaku di Indonesia sekarang ini dinilai tidak mungkin menciptakan single majority. Tifatul memprediksi, dalam Pemilu 2009 tidak akan ada partai yang meraih suara di atas 25 persen.


Tifatul mengatakan, mozaik kebhinekaan kekuatan parpol di Indonesia sangat cair. Menurutnya, Indonesia tak lagi ’kuning. Kini, parta-partai papan atas dan tengah saling berbagi kekuatan di seluruh wilayah Indonesia.


Tifatul mengungkapkan, beberapa studi terakhir menemukan koalisi Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) dan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) menjadi kekuatan paling ideal dalam membangun pemerintahan. “Riset terakhir, PDIP dan PKS paling kuat kalau membentuk koalisi,” ujar Tifatul.


Namun, ungkap Tifatul, visi PKS tentang calon presiden ideal di 2009 tak segaris dengan PDIP. Dalam visi PKS, calon presiden ideal harus dari kalangan muda. “Kita butuh presiden balita, bawah lima puluh tahun,” ungkapnya. Sementara PDI-P telah memutuskan akan kembali mengusung Megawati Soekarnoputri sebagai Capres pada Pemilu 2009.


Tifatul menjelaskan, permasalahan yang dihadapi Indonesia sangat kompleks. Karena itu, katanya, seorang calon presiden harus mempunyai pemikiran segar dan matang untuk menemukan solusi atas kesulitan bangsa. Dia harus tahu what dan how-nya. Yang pasti, kata Tifatul, permasalahan ini tidak bisa diatasi dengan iklan di TV, main film, dan nyanyi-nyanyi.


Sementara itu, dalam beberapa kali survei internal PDI-P untuk menjaring Cawapres pendamping Megawati, nama Hidayat Nur Wahid salah satu nominasi unggulan. Dari lima nominasi unggulan, hanya Hidayat yang berumur di bawah 50 tahun. Perpaduan Megawati (PDI-P) dan Hidayat Nurwahid (PKS) dinilai berbagai pihak cukup ideal merepresentasikan pelangi kebhinnekaan. Pasangan ini, diprediksi akan sangat berpeluang memenangkan Pilpres 2009.


Pilihan lain, kemungkinan PKS akan berkoalisi dengan Partai Golkar. Sebagaimana pernah dikemukakan Ketua Partai Golkar Priyo Budi Santoso, salah satu alternatif yang dipertimbangkan Partai Golkar dalam pemilu presiden nanti adalah menggandeng partai politik berbasis Islam. Untuk Capres-Cawapres, salah satu alternatif Ketua Umum Partai Golkar M Jusuf Kalla disandingkan dengan mantan Presiden Partai Keadilan Sejahtera Hidayat Nur Wahid. “Kombinasi itu bisa dibalik menjadi Hidayat-Kalla kalau perolehan suara PKS pada Pemilu 2009 mengungguli Partai Golkar,” kata Priyo.


Kemungkinan lain, yang juga berpeluang meraih suara signifikan, jika tidak jadi pemenang, paling tidak di urutan kedua, PKS berkoalisi dengan Partai Demokrat yang diperkirakan perolehan suara Pemilu legislatifnya akan mencapai 10-12 persen. Koalisi ini akan mengusung SBY-Hidayat atau SBY-Tifatul.


Dari berbagai kemungkinan, yang paling pasti adalah PKS akan mengusung kadernya (Hidayat atau Tifatul) sebagai Cawapres. Partai ini, diperkirakan akan mengajukan Cawapres sebagai syarat utama untuk berkoalisi dengan partai lain dalam Pilpres 2009. Kemudian, setelah itu pada Pilpres 2014 akan mengajukan Capres sendiri. Partai ini diperkirakan akan cukup siap menempatkan kadernya sebagai Presiden 2014-2019.

Tuesday, October 14, 2008

Rakyat perlu diberi hak lantik PM

Jika jadual peralihan kuasa berlaku, DS Najib akan mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah pada Mac 2009 nanti. Maknanya, sekali lagi PM baru akan mengangkat sumpah tanpa perlu melalui mandat dari rakyat. Dari segi prosedurnya, yang memilih DS Najib adalah para perwakilan UMNO Bahagian yang mencalonkan namanya. Lebih tepat lagi, ia diluluskan melalui beberapa ratus orang perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009.

Maknanya, yang memilih PM Malaysia ialah beberapa kerat perwakilan UMNO, bukannya seluruh ahli UMNO, bukan juga ahli parti komponen BN termasuk MCA dan MIC, dan jauh sekali rakyat biasa yang bukan UMNO. Maknanya pemimpin kepada 28 juta rakyat Malaysia dipilih oleh beberapa kerat orang UMNO, walau pun rakyat mungkin menolaknya.

Ini realiti demokrasi ala Malaysia. Sistem ini sah dari sudut hukum demokrasi. Tidak juga menyanggah hukum syarak. Namun banyak lagi cara lain yang lebih adil dan lebih dekat dengan semangat demokrasi dan ruh Syariat.

Kita mengamalkan spara pemisahan kuasa dalam sistem pentadbiran. Badan Kehakiman jelas berasingan dari badan Pentadbiran dan Perundangan. Namun badan Pentadbiran (Eksekutif) dan Perundangan (Legislatif) sentiasa dikuasai oleh kelompok atau parti yang sama. Pilihanraya Umum seperti yang berlaku Mac 2008 lepas adalah satu-satunya mekanisme untuk menentukan siapa yang menguasai kedua-dua badan itu. Jika dia mengusai Parlimen (Dewan Rakyat) maka dia juga akan menguasai jentera Eksekutif melalui jawatan Perdana Menteri dan anggota kabinet.

Kita tidak ada Pilihanraya Perdana Menteri, sebagaimana Pilihanraya Presiden di Amerika Syarikat dan Indonesia. Saya mengimpikan agar satu hari nanti pemilihan PM diserahkan kepada rakyat secara langsung melalui Pilihanraya PM. Biar parti-parti mencalonkan PM mereka, kemudian serahkan rakyat untuk memilih. Jika cara ini dibuat nescaya PM yang dipilih akan mempunyai integriti yang tinggi dan kompetensi yang hebat. 

Ada yang kata: Mana boleh! Kita bukan negara Republik. Kita ada Raja Berperlembagaan. Saya katakan kepada mereka, apa peduli. Semua istilah dan sistem ini dicipta oleh tangan manusia. Apa salahnya kita cipta sistem baru atau gabungjalin sistem yang ada untuk kebaikan rakyat dan keadilan semua.

Jadi bulan Mac 2009 ada lima bulan lagi. Usaha memberikan hak memilih PM kepada rakyat boleh dilaksanakan. Saya cadangkan satu Referendum Rakyat. Biar ada badan bebas, berkecuali yang dihormati yang mengambil inisiatif untuk memungut suara rakyat. Boleh juga dikendalikan oleh satu Suruhanjaya Rakyat yang mengandungi gabungan beberapa NGO. Dapatkan suara rakyat sebelum Mac 2009, dan kemudian persembahkan kepada YDPA untuk pertimbangan. Soalannya mudah: 
Siapakah yang anda pilih untuk menjadi PM pada Mac 2009 nanti: 
a. DS Najib (Calon dari BN)
b. DS Anwar (Calon dari PR)
Memanglah. Buat masa ini mungkin ia tidak mampu mendorong YDPA untuk pandai-pandai melantik PM yang tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. Namun ia boleh menjadi satu indikasi yang menarik bagi menyerahkan hak kepada rakyat untuk memilih PM dan anggota kabinet walau pun dia tidak menguasai Parlimen. 

Wednesday, October 8, 2008

Majoriti Melayu Muslim atau Majoriti Muslim?

Harakah melaporkan bahawa Presiden PAS mensyaratkan penubuhan kerajaan mestilah dilatari oleh majoriti Melayu Muslim sebagai anggota Parlimen kerajaan. Saya tidak pasti sama ada kalimah 'Melayu' yang keluar dari mulut beliau itu adalah memang dirancang (atau diputuskan) atau ia terpacul secara spontan.

Saya suka mengandaikan bahawa ia keluar secara spontan memandangkan kita biasa menyebut Melayu bila merujuk kepada orang Islam di Malaysia. Namun begitu, wawancara beliau dengan Ummah Online semacam menafikan andaian saya. Bila ditanya kenapa Melayu, beliau menghujahkan bahawa pemilihan pemimpin mestilah melihat kepada pengaruh yang utuh(merujuk kepada kaum Quraisy sebagai syarat berdasarkan Hadis Nabi).

Pada hemat saya hujah berkenaan kurang berkait dengan perkara yang dibahaskan iaitu, majoriti ahli Parlimen. Tiada satu sandaran kukuh yang boleh mendokong syarat bahawa 'Melayu' diselitkan sekali. Sekadar 'Majoriti Muslim' sudah memadai. Biarlah ahli Parlimen Pakatan nanti majoritinya Muslim tanpa mengira warna kulit. Jika N. Gobalakrishnan dan Tian Chua masuk Islam umpamanya, maka dia turut dikira dalam jumlah majoriti itu.

Saya amat berhasrat melihat agar gerakan Islam tidak terheret dengan isu perkauman. Rakyat yang semakin bijak pada hari ini menyedari bahawa fanatik kaum tidak membawa kemakmuran. UMNO dan BN telah meninggalkan satu gambaran hodoh tentang politik perkauman. Maka PAS tak perlu terbabit sama.

Bahkan PAS perlu membuktikan bahawa Islam dan Muslim bukan untuk orang Melayu semata-mata. Jika PR memerintah nanti saya amat mengimpikan ada menteri PAS dari kalangan bukan Melayu. (sangat sokong harapan Ust Zulkarnain Abidin yang mahu melihat orang Cina jadi Naib Presiden PAS). Maka apa salahnya kita mengharapkan agar PAS memilih Ann Wan Seng (selepas dilantik Senator) menjadi Menteri Pembangunan Usahawan dan Farid Ravi menjadi Menteri Pengajian Tinggi. Juga N. Gopbala (jika masuk Islam-Ameen) sebagai Menteri Kerjaraya (dari PAS).

Maka.... gugurkan terma 'Melayu' itu. Bukan lagi 3M tapi 2M (Majoriti Muslim)

Tuesday, September 23, 2008

PAS sertai kerajaan pusat PR tanpa syarat?

Pertemuan DS Anwar dan dua pemimpin tertinggi PAS iaitu TG Nik Abd Aziz dan TG Abd Hadi adalah satu perkembangan yang positif. Saya percaya ia bukan sekadar membincangkan kedudukan dan kepentingan PAS dalam kerajaan PR nanti (sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian). Bahkan ia lebih jauh menyentuh soal survival Islam dan kuasa politik Muslimin di bawah kerajaan PR. Namun saya tidak pasti sama ada pemimpin PAS itu ada menyatakan terma dan syarat PAS sebelum bersetuju menyertai kerajaan PR itu.

Dalam satu wawancara dengan UmmahOnline, Sdr Khalid Samad telah menyebut bahawa syarat PAS telah dipenuhi dalam penubuhan kerajaan PR. Menurutnya, syarat PAS ialah jumlah anggota Parlimen Muslim yang bersama PR adalah majoriti dalam keseluruhan MP yang mendokongannya. Maknanya DS Anwar telah berjaya menarik anggota MP UMNO sehingga mencukupi jumlah yang dikehendaki oleh PAS.

Persoalannya, adalah hanya itu syarat yang dikemukakan oleh PAS untuk menyertai kerajaan PR. Pada amatan saya, jawapannya tidak. Jangan lupa satu penegasan yang dibuat oleh Presiden PAS yang mengatakan bahawa PAS mahukan kerajaan PR yang menjadikan Islam menguasai pemerintahan. Seperti yang saya nyatakan, saya fikir bahawa ucapan Presiden ini bukannya berbentuk syarat tetapi ia adalah satu isyarat. Isyarat bahawa PAS akan meletakkan syarat yang tegas berkaitan survival Islam. Namun, buat masa ini belum ada syarat yang terperinci berkaitan survival Islam dan kuasa politik Muslim.

Semasa menyampaikan Ceramah Nuzul Quran Dan Penjelasan Isu 16 September di Kompleks PAS Kedah 18 September baru-baru ini TG Abdul Hadi menegaskan lagi: "PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS,". Penegasan beliau itu disambut dengan laungan takbir, sebagai tanda sokongan dan kecintaan ahli PAS kepada perjuangan Islam..

Namun demikian, sekali lagi penegasan begini lebih berbentuk longgar, kerana ia boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran. Istilah ‘dipandu Islam’ dan ‘dipandu orang-orang Islam’ ini terlalu umum untuk dijadikan landasan dalam memahami pendirian sebenar PAS.

Oleh yang demikian, saya berpandangan adalah menjadi keperluan kepada PAS untuk memperincikan syarat dan formula untuk memerintah secara bersama. Selagi tiada kata yang bulat dikalangan pemimpin dan pendokong PAS berkaitan bentuk penyertaan serta had-had penglibatannya dalam kerajaan baru, maka selagi itulah akan terus wujud lontaran pandangan berbeza-beza berkaitan soal ini.

Ada yang berpandangan: “Buat apa kemukakan syarat? Kita sertai dulu tanpa syarat, lepas tu kalau bercanggah dengan prinsip kita, kita keluar lah”. Memang pandangan ini masuk akal. Namun jika diteliti, kita perlu mengambil kira perkara berikut:

  1. Sebaik-baiknya sesuatu tindakan itu diambil selepas kita memahami sepenuhnya apakah risiko dan manfaat. Dengan menggariskan syarat-syarat bermakna kita bersedia untuk berdepan dengan risiko yang mungkin timbul.
  2. Tanpa ada syarat penyertaan menyebabkan wujud dua kelompok yang saling berbeza pandangan. Satu pihak yang ghairah untuk bersama kerajaan baru sehingga langsung tidak menghiraukan risiko yang mungkin timbul. Manakala, satu pihak lagi terlalu risau dan takut dengan implikasi penyertaan kepada survival Islam, sehingga mengambil sikap terlalu pesimis dan negatif terhadap usaha berkenaan. Penetapan syarat boleh mencambahkan fikiran mereka dalam perbincangan bersama seterusnya mewujudkan kata yang bulat berkaitan penubuhan kerajaan baru.
  3. Penyertaan PAS dalam kerjaaan pakatan adalah berdasarkan prinsip pertimbangan antara maslahah dan mudharat. Ini bermakna, PAS hanya boleh bersama dengan kerajaan PR jika ia membawa kepada maslahah. Namun jika menyertainya mendatangkan mudarat lebih besar daripada tidak menyertai, maka PAS perlu meninggalkannya. Maka, PAS sepatutnya sudah mempunyai idea tentang batas-batas mudarat dan manfaat ini sekurang-kurangnya untuk dijadikan rujukan bila ingin membuat keputusan berkaitan sesuatu polisi kerajaan.
  4. Lazimnya setiap kerjasama baik dalam soal perniagaan, dan sosial perlukan kepada terma dan syarat. Apatah lagi dalam membuat kerjasama politik yang mempunyai implikasi yang besar ini.
  5. Sebahagian syarat ini boleh diwar-warkan kepada umum. Cara ini dapat menarik perhatian rakyat untuk menghargai peranan PAS yang teguh mempertahankan agama. Di samping memberikan kefahaman kepada pengundi Islam dan bukan Islam bahawa PAS bertindak berdasarkan prinsip, bukannya kepentingan peribadi.

Jika ada yang masih menganggap bahawa PAS perlu meyokong Projek Lompat seadanya tanpa syarat, maka saya gambarkan senario berikut: (Ini adalah contoh ekstrim untuk anda memahami premis hujah saya—saya tidak menganggap bahawa ia akan berlaku)

Andainya 35 MP dari BN telah melompat dan menyokong DS Anwar sebagai PM baru. Ini menjadikan blok yang melompat sebagai blok terbesar, melainkan jika mereka berpecah dan menyertai mana-mana parti dalam PR.

Andainya kebanyakan mereka menyeretai PKR dan DAP, dan hanya segelintir yang menyertai PAS. Dan andainya kebanyakan mereka adalah bukan Islam sehingga menjadikan hanya 51% muslim dan yang lain bukan muslim (syarat PAS seperti yang disebut oleh YB Khalid). Anwar dilantik PM.

Oleh kerana DAP parti kedua terbesar, maka Lim Kit Siang menjadi TPM. Kebanyakan kerusi kabinet diisi oleh MP dari PKR dan DAP. PM dari Sabah dan Sarawak juga menuntut hak yang lebih besar berbanding peruntukan kuasa di bawah BN sekarang. Pelantikan tanpa melihat kaum dan agama, tetapi melihat kepada kelayakan (dan janji semasa lompat-jika ada).

Diandaikan, hasilnya nisbah Menteri Muslim hanya 45% sahaja daripada keseluruhan anggota kabinet. (Ni lebih baik dari kabinet bayangan yang digambarkan melalui Blog Kula—Menteri muslim hanya 25% sahaja, baki 75% Menteri bukan muslim). Kementerian penting seperti Kementerian Dalam Negeri dan Pendidikan terpaksa diberikan kepada DAP setelah PKR menggondol kementerian penting lain iaitu Kementerian Kewangan dan Pertahanan.

Semua dasar yang melindungi bumiputera dikaji termasuk kouta universiti, penjawat awam, biasiswa dan sebagainya. Agensi yang bersifat ‘perkauman’ seperti MARA dihapuskan. Peruntukan untuk JAKIM dikurangkan, dan sebahagiannya dimasukkan kepada tabung pembangunan agama-agama lain.

Oleh kerana terlalu sibuk dengan penggubalan dasar baru serta mengambil masa untuk menyesuaikan diri, maka soal utama seperti penghapusan rasuh, agihan kekayaan secara adil dan memulihkan kehakiman hanya dilakukan sambil lewa dan kosmetik sahaja…

Jika senario seperti ini berlaku, apa sikap PAS? Adakah masih terus bersama kerajaan PR atau menyesal lantas isytihar keluar? Masa tu sudah terlambat.

Atas alasan itulah maka PAS perlu mengambil sikap yang lebih objektif iaitu setuju untuk setia dengan PR dan menyertai kerajaan Persekutuan PR. Tetapi dalam masa yang sama menggariskan terma-terma penyertaan agar kewujudan PAS lebih dihargai dan dihormati. Apa yang penting, PAS perlu menjadi benteng mempertahankan aqidah dan kadaulatan Islam di bumi Malaysia tercinta ini…

Dalam tulisan lain insyaallah saya akan gariskan cadangan syarat-syarat yang sesuai diketengahkan oleh PAS.

Faktor Anwar pecah belahkan PAS?

Jika anda mengamati akan anda jumpa perbezaan yang melebar dalam gerak langkah pemimpin PAS mutakhir ini. Bukan susah pun untuk mengesan. Dengan membuka helaian Harakah pun anda dapat tahu ada dua cara berfikir yang nampaknya kian mengutub.

Satu pihak mendokong sepenuhnya Projek Lompat. Satu lagi melihatnya dengan penuh waspada. Semuanya gara-gara Projek Lompat tajaan Anwar. Namun tidak pula kita boleh salahkan Anwar seluruhnya. Gersang wehdatul fikri ini juga bahana kurangnya wacana. Kirang bincang dari hati ke hati. Tidak hadam soal fiqh taghyir. Masalah ukhuwwah. Dan tak ada usrah khusus untuk pimpinan tertinggi. (Usrah sekadar selit dalam mesyuarat--memang tak cukup; ahli diasak untuk berusrah, pimpinan tertinggi bagaimana?)

Nampaknya juga melanda pendokong dan ahli-ahli. Kata penulis terkenal Tn Hj Azizi, anak-anak PAS mula semakin lebih galak memuja Anwar dari pemimpin sendiri. Lebih ghairah berbaju biru muda dari berwatak PAS.

Baca lah sendiri:



BADAN SAJA PAS - BAJU KEADILAN

-Azizi Hj Abdullah.

Memang muakpun melihat ramai ahli-ahli Pas, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan Pas tetapi berbaju Keadilan. Sesekali semacam hendak menyindir betapa aqidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’. Bagaimanapun maksud sedemikian tidak jadi apabila berpegang kepada seruan pemimpin tentang perlunya menafikan 2/3 BN. Pembangkang perlu disokong.

Termasuklah saya pun, selalu tergila-gila menyertai ceramah KeAdilan, menyumbang sesuatu tetapi kerana badan sudah tua, kerja seperti Unit Amal saya tidak lakukan.

Jika mahu mengimbau kembali Pilihanraya Permatang Pauh 26hb Ogos 2008, sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli Pas semacam sudah menjadi ahli Keadilan, malah mereka lebih Keadilan dari Pas, mabuk rasa mabuk nama. Mereka seperti Mat Rempit menaiki motosikal dengan baju KeAdilan, lambang dan bendera KeAdilan lalu singgah di markas-markas KeAdilan dan Pas. Lagak mereka, mereka telah merengkuh habis berbakti kepada KeAdilan.

Ketika berselisih dengan rakan-rakan (ketika ini sudah tidak ketahuan lagi yang mana Pas yang mana KeAdilan) sangat payah hendak membeza yang mana orang KeAdilan dan yang mana orang Pas. Mereka akan melaung dan menjerit ‘Reformasi’ dan bukan lagi ‘Allahu Akbar.’

Yang lebih mendukacitakan, ketika Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac yang lalu, ada ahli-ahli Pas lebih menumpukan kerja buat, gerak amal, mencula undi dan tercongok di Pondok Panas KeAdilan lebih dari Pas, jika kawasannya calon Pas tetapi kawasan sempadannya calon KeAdilan.

Yang lebih malang pula apabila seorang YB KeAdilan yang cuba memperjuangkan maruah Islam atas nama sebagai individu Islam, membantah kepada kumpulan yang hendak merosakkan perjalanan undang-undang Islam, lalu Parti KeAdilannya hendak mengambil tindakan, orang-orang Pas ini juga marah-marahkan kepada calon tersebut.

Terakhir, dari mulut ke mulut mereka impikan peralihan kuasa melalui KeAdilan (PKR) dan apabila ada pemimpin Pas berceramah, mereka akan merungut dan membeber mulut jika pemimpin Pas mengupas soal Peperangan Kubra atau Nuzul Qur`an dalam kontek politik kini, kerana pemimpin Pas itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Dato’ Seri Anwar menjadi pemimpin.

Contoh yang digambarkan di atas bukan atas niat cemburu atau sakit hati atau menidak pentingnya kejayaan PKR. Sebaliknya kerana hendak menyambung apa yang diucapkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang ketika berucap di perhimpunan Nuzul Qur`an di Kompleks Pas Kota Sarang Semut pada malam 17 Ramadan yang lalu.

Memanglah Presiden Pas itu tidak membuat gambaran seperti senario di atas. Bagaimanapun kerana sikap dan gaya begitu, budaya baru ahli-ahli Pas, maka Presiden mengingatkan begitu.

Sangat penting apabila Presiden Pas mengingatkan semua ahli-ahli Pas agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru hingga sanggup mengenepikan ideologi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Yang lebih penting dan perlu diingat ialah bagaimana perlunya konsisten dengan dasar perjuangan, jangan lari dari jemaah.Kemungkinan jauh di sudut hati Presiden, kebimbangannya ialah tidak mahu berlaku kepada ahli-ahlinya yang kononnya sudah mantap dengan aqidah perjuangan, jadi seperti peperangan Uhud; kerana sesuatu, meninggalkan medan perang sehingga lupa kepada pesan pemimpin.

Memang apa yang digambarkan di atas berlaku bukan saja ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 ogos yang lalu, sebaliknya berlaku di mana-mana ketika pilihanraya ke 12 yang lalu.

Begitulah seperti kata pepatah; lebih sudu dari bubur, berat rantai dari beruk yang ditunjukkan oleh sesetengah ahli Pas apabila berhadapan dengan parti PKR malah PKR sendiri selalu mendabik-dabik dada pula terhadap Pas apabila dilihat pengaruh mereka lebih kuat dari Pas, sedangkan tenaga kerja, sehinggalah menampal postar tetap bergantung kepada Pas.

Saya berpengalaman dalam soal ini ketika Pilihanraya ke 11 yang lalu, apabila menjadi Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) dalam menghadapi pilihanraya dan ini berulang dalam pilihanraya ke 12 dalam kawasan di mana calon PKR bertanding.

Kita dapati semangat dan roh, dasar malah prinsip Pas benar-benar susut. Ahli-ahli Pas seperti menjadi ahli baru KeAdilan. Mereka berbangga.Kita menyebut ini bukan bermaksud menghulur pisau untuk mencantas tali hubungan dan meretak Pakatan Rakyat. Tetapi kita mesti ingat, bagi mereka yang beragama Islam, yang belajar sedikit sebanyak asas agama, apabila memasuki parti, mereka pasti memahami dasar perjuangan, dasar partinya dan itulah pasak pegangan politiknya.

Manakala soal menyokong pakatan untuk menafikan 2/3 majoriti BN soal lain, tetapi bukan menggadaikan dasar dan aqidah politik dari sudut agama yang dipegangnya. Ini soal “ Roditu Islama Dinna!” atau "Kami redo Islam itu agama kami!” Ini bererti jika dalam soal lain, kita sokong menumbangkan BN tetapi dalam masa yang sama kita tidak rela gadaikan Islam.

Inilah soalnya dan inilah yang diperingat oleh Presiden Pas.Tetapi malang, sebahagian besar pengikut Pas, malah sesetengah dari kalangan pemimpin Pas sendiri sudah terikut-ikut, terbawa-bawa malah sampai menjadikan Penasihat Parti Keadilan sebagai ‘anak angkat’ dan bukan mustahil sebagai ‘anak emas’ pula.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku Mursyid Am kelihatan lebih berat condongnya, lebih tebal fanatiknya terhadap Presiden Parti Keadilan walaupun tidak merestui 100% dasar perjuangan Parti PKR.Tetapi Tuan Guru lupa, menyokong berlebihan, mengeluar kenyataan yang hebat-hebat sama dengan menyokong dasar perjuangan Anwar Ibrahim. Ini bukan soal kebenaran Dato' Seri Anwar dalam menghadapi fitnah, tetapi ini soal kebenaran dasar parti.

Kenapa membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur Mustafa Ali dan menegaskan Mustafa, sama ada sebagai penganalisis politik atau Pengarah Strategi Pilihanraya adalah sama. Jika teguran ini benar, benarlah juga apabila kita memberi sokongan berlebihan kepada Anwar, bererti juga kita membenar dasar PKR.

Ini kesilapan kita. Ini tarbiah yang tidak disedari oleh Syura Pas ketika berhadapan dengan kebangkitan pengaruh Anwar, sehingga ahli-ahli Pas sudah jadi anak ayam lupa kepada ibunya lalu suka sangat kepada bapa itik.

Maka kerana itu, kita berpendapat teguran dan peringatan Presiden Pas di Kompleks Pas Kedah pada 17 Ramadan bukan saja sesuai tetapi sangat perlu dilihat oleh semua peringkat. Kita percaya Presiden sangat kuat mempercayai dan menyintai dasar Pas dan bimbang ahli-ahli Pas lupa tentang dasar sendiri.

Jika trend dan kecenderungan ini berlarutan, ditakdirkan pula PKR menerajui pemerintahan negara, saya sangat kuatir anak-anak muda malah ahli-ahli Pas sendiri yang kini sudah mulai menggilai Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berbondong-bongdong mengangkat bungkus minta dibenarkan mengemis di serambi rumah KeAdilan.

Apakah demi kerana kita mahu menafikan majoriti 2/3 BN atau terus menumbangkan BN maka Pas sanggup menggadaikan prinsip, dasarnya? Jika jawapannya tidak, maka Pas mulai sekarang, melalui pakar strategiknya, melalui penganalisa politiknya mestilah cepat membendung pengaruh ini, terutama di kalangan anak muda. Selain dari dasar dan prinsip agama, soal unsur sekular juga mestilah diambil kira.

Contoh yang paling mudah:Bagaiamana mahu menarik anak muda supaya cenderung kepada pakaian jubah dari memakai kot? Kacaknya Anwar Ibrahim kerana tidak memakai jubah dan selekehnya bukan Anwar kerana serban dan jubah.

Kecenderungan kepada Anwar bukan kerana dasar partinya 100% tetapi kerana beberapa sebab. Di antaranya kerana simpati, ketokohan, berpidato yang tidak menjemukan. Apakah kerana pengaruh ini Pas tidak dapat mengawasi ahli-ahlinya dan jika mengawasi, dengan cara yang bagaimana?

Thursday, September 18, 2008

Jika ini jadi kenyataan...



Wednesday, September 17, 2008

Apa pertimbangan PAS sertai kerajaan Pakatan Rakyat?

Gabungan atau kerjasama politik boleh berlaku atas beberapa pertimbangan seperti kerana hubungan peribadi yang erat antara pemimpin, kebijaksanaan dalam perhubungan awam, kebolehan berunding, kemampuan mempengaruhi orang lain, karisma pemimpin. Kerjasama juga mudah berlaku jika terdapat persamaan dalam aliran politik. Selain faktor pemersatu dalaman kerjasama politik juga boleh berlaku kerana faktor pemersatu luaran seperi bersatu demi menghadapi musuh bersama iaitu pemerintah yang menindas.

Persoalannya, apakah asas dan pertimbangan PAS bersama-sama dengan kerajaan Pakatan Rakyat? Sebelum pilihanraya, kerjasama politik PAS adalah jelas iaitu untuk menghadapi kerajaan BN. Gambaran dominan dalam fikiran pemimpin PAS adalah untuk mengurangkan kerusi BN atau sekurang-kurangnya menafikan majoriti dua pertiga. Ketika merangka pelan kerjasama, persoalan penubuhan kerajaan bersama dengan PKR dan DAP tidak menjadi pertimbangan serius.

Hari ini situasinya berbeza. PAS diambang berkerajaan. Jika perjaya Projek Lompat, PAS akan bersama rakan-rakan PR iaitu PKR dan DAP untuk menubuhkan kerajaan persekutuan Malaysia. (Mungkin juga bergabung dengan BN—seperti yang diandaikan oleh sesetengan pihak). Persoalannya, adakah PAS telah membuat pertimbangan yang jitu berkaitan dengan penyertaan dalam kerajaan ini? Adakah PAS sudah mempunyai garis panduan yang terperinci berkaitan bentuk dan wajah kerjasama yang dikehendaki?

Tidak dinafikan bahawa PAS tetap boleh menyertai mana-mana pakatan kerajaan walau pun tanpa garis panduan. Namun risikonya adalah tinggi. Ketiadaan garis panduan yang jelas akan menjadikan PAS terkapai-kapai menentukan pendirian semasa berkerajaan. Bahkan ia akan menjadikan pendekatan PAS berbeza-beza mengikut selera pemimpin atau pendokongnya. Mungkin terlalu rigid sehingga berkeras dalam perkara yang sepatutnya boleh ditolak ansur. Mungkin terlalu longgar sehingga membiarkan prinsip perjuangan tergadai.

Islam tegas berasaskan prinsip. Prinsip mengatasi kepentingan politik. Namun dalam pengurusan siasah, soal prinsip ini perlu diungkap dalam bentuk realiti melalui kertas dasar, dan panduan kerja. Maka menjadi kemestian kepada gerakan Islam untuk merangka dengan jelas garis panduan berkerjasama dalam pemerintahan.

Penyertaan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat perlu diperhalusi agar dibuat pada asas yang jelas dan betul. Saya ada menulis tentang pertimbangan yang perlu diambil kira oleh PAS sebelum menyertai pemerintahan yang tidak berasaskan Islam. Pada dasarnya penyertaan PAS adalah atas dasar maslahah atau bagi mengelakkan mudharat yang lebih besar.

Persoalannya: Apakah mudharat di bawah BN adalah lebih besar daripada mudharat di bawah kerajaan PR. Di sini perlu diperincikan apakah bukti dan andaian (berasas) yang dapat menyokong hujah berkenaan. Juga perlu tunjukkan apakah bukti penyertaan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat lebih besar manfaat dari tidak menyertai dan menyokongnya atrau menyertai pemerintahan bersama UMNO/BN.

Walau pun perkara di atas cuba difahami secara common sense bagi sesetengan pihak, namun perincian tetap perlui memastikan setiap langkah yang diambil berpijak di atas landasan yang kukuh. Tafsiran berkaitan maslahah dan mudharat bukan satu yang mudah. Pihak yang membuat keputusan perlu melihat dari segenap aspek tanpa pengecualian. Bahkan, andaian-andaian yang berasas juga terpaksa dilakukan bagi menjangkakan risiko sesuatu keputusan berkenaan.

Tambahan pula terdapat sesetengah pihak yang enggan melihat soal tahaluf ini dari aspek fiqh tawazun (fiqh perimbangan). Kita pernah dengan suara yang mengehadkan penglibatan gerakan Islam dalam kerajaan dalam sebuah pemerintahan yang seratus peratus berasaskan Islam. Mereka menolak langsung kemungkinan penyertaan gerakan Islam dalam kerajaan campuran yang tidak berasaskan Islam.

Pemikiran ini banyak dilatari oleh beberapa tokoh di peringkat pertengahan kebangkitan gerakan Islam di Mesair selepas cubaan Ikhwan Muslimin untuk memerintah bersama dengan Jamal Abdul Naseer menemui kegagalan apabila Ikhwan dikhianati selepas bersama-sama menjathkan kerajaan Raja Farouk. Pengalaman pahit itu akhirnya membuahkan pemikiran yang keras dan rigid berkaitan penyertaan gerakan Islam dalam pemerintahan yang tidak berasaskan Islam.

Sedikit sebanyak pemikiran ini, yang dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti As Syahid Sayyid Qutb dan mereka yang sezaman dengannya, turut mengalir dalam pemikiran gerakan Islam di negara-negara lain termasuklah Malaysia. Bahkan buku beliau seperti Ma’alim fi Al-Toriq (Petunjuk Sepanjang Jalan) dan lain-lain masih bertahan sebagai bahan rujukan penting gerakan Islam. Pada dasarnya hujah mereka adalah bernas, dan amat sesuai dalam situasi gerakan Islam ditindas hebat dan pernah pengalami pengalaman getir ditikam dari belakang dalam kerjasama selepas penubuhan kerajaan. Namun pemikiran dan hujah mereka tidak semestinya sesuai untuk setiap keadaan dan di setiap tempat.

Hal ini terbukti apabila gerakan Islam mutaakhir ini mengambil kedudukan yang agak elastic (murunah) dalam soal siyasah syariyyah. Soal fiqh awlawiyat, fiqh muwazahan, fiqh taghyir dan tahaluf siyasi dibahas dengan lebih mendalam sesuai dengan tuntutan semasa yang mengharapkan garakan Islam memainkan peranan ditengah-tengah massa—bukan lagi meminggirkan diri sebagai kumpulan pendesak semata-mata.

Penghijrahan beberapa tokoh gerakan Islam ke Negara Eropah dan Amerika Syarikat atas faktor keselamatan telah mempercepatkan proses keterbukaan ini. Suasana nagara maju yang subur dengan amalan demokrasi membuka mata tokoh-tokoh ini tentang peluang gerakan Islam untuk bertapak melalui kerangka sistem politik berkenaan. Tentunya, demokrasi menuntut pemainnya lebih terbuka, elastic, dan mempunyai kesediaan untuk berkerjasama demi mencapai hasrat politik.

Tokoh-tokoh gerakan Islam seperti Rachid Ghannouchi, Azzam Tamimi, Muhammad Salim Al-Awa yang menetap di England antara yang kerap menyuarakan keperluan gerakan Islam bersedia untuk menyertai kerajaan yang tidak berasaskan Islam demi maslahah dan mengelakkan mudarat. Tokoh-tokoh cendikiawan Islam di Amerika Syarikat yang pernah menjadi aktivis gerakan Islam di negara-negara Arab seperti Taha Jabir Alwani, Jamal Barzanji, Mustafa Tahan dan Ahmad Totonji juga menghalakan pemikiran mereka ke arah keterbukaan, termasuk dalam soal siasah. Walaupun aliran pemikiran mereka adalah rencam dan boleh dibahas panjang, namun secara umumnya mereka telah melihat halatuju politik gerakan Islam dari perspektif yang lebih luas dan bebas.

Tokoh tersohor iaitu Syaikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi juga antara pelopor yang mengajak ke arah keterbukaan dan pertimbangan siyasi. Cetusan pemikiran beliau dalam hal ini terserlah lewat beberapa penulisan seperti Fiqh al-Daulah, Fiqh Al-Awlawiyat, Fiqh Al-Awlawiyat li Al-Harakah Islamiah. Beliau memberikan hujah panjang lebar tentang fiqh perimbangan (fiqh al muwazanah), konsep maslahah, prinsip elakkan mudharat, dan fiqh awlawiyat. Bahkan beliau menghuraikan dengan terperinci tentang penglibatan gerakan Islam dalam pemerintahan yang tidak berasaskan Islam. Beliau turut menggariskan beberapa syarat yang perlu dipegag bagi gerakan Islam yang menyertai pemerintahan yang tidak berasaskan Islam.

Sebenarnya pengalaman gerakan Islam menyertai kerjaan campuran dengan pemerintahan sekular telah pun dimulakan oleh PAS sendiri melalui kerajaan bersama dengan Perikatan. Sebelum itu berlaku juga penyertaan Ikhwan Muslimin dalam pemerintahan Jamal Abdul Nasser di Mesir. Kemudian kita dapati juga penglibatan Pak Natsir dalam politik Indonesia. Turut menjadi perhatian ialah kerjasama yang dijalin oleh Parti Refah pimpinan Erbakan dan kemudiannya dilanjutkan oleh kepimpinan Erdogan melalui Parti Kebajikannya.

Di Indonesia parti yang mirip PAS iaitu Partai Keadilan Sejahtera (PKS) menyatakan secara jelas bahawa ia sedia berkoalasi dengan mana-mana badan siasah. Apa yang menarik Presidennya Tifatul Sembiring menyatakan kecenderungannya untuk menggandingkan Presiden dan Naib Presiden dari dua latar yang berbeza iaitu Islamis dan nasionalis. Dia tidak menolak untuk bergabung dengan parti-parti nasionalis termasuklah Golkar, PDI-Perjuangan dan Parti Demokrat.

Kesimpulannya, PAS selaku gerakan Islam perlu istiqamah dalam cita-cita ulungnya untuk menegakkan pemerintahan yang berasaskan Islam. Namun realiti semasa menghalang pengakan pemerintahan itu berlaku secara mendadak. Terdapat situasi-situasi yang meletakkan PAS dalam kedudukan kritikal dalam membuat keputusan, iaitu sama ada memilih untuk menyertai pemerintahan yang tidak berasaskan Islam yang lebih adil atau membiarkan pemerintahan yang tidak berasaskan Islam yang zalim untuk terus memerintah.

Situasi ini menuntut PAS untuk bertindak berasaskan maslahah iaitu menyertainya walau pun tanpa melaksanakan syariat dengan sempurna seperti yang dicita-citakan. Sekurang-kurangnya PAS dapat melaksanakan sebahagian besar tuntutan Islam berkaitan pemerintahan yang bersih tanpa rasuah, penghapusan penindasan, keadilan kehakiman, pengagihan kekayaan sama rata dan seumpamanya. Penyertaan itu juga dapat menjadi batu loncatan untuk mencapai hasrat tinggi menegakkan pemerintahan berasaskan Islam.

Walau bagaimana pun penyertaan ini haya boleh berlaku selepas PAS meneliti persoalan fakta dan andaian yang dikatakan maslahah dan mudarat dengan terperinci. Ini kerana mungkin penyertaan yang dirasakan untuk maslahah itu akhirnya mendatangkan mudharat yang lebih besar seperti yang pernah dialami oleh garakan Islam lain.

Selepas membuat penelitian dan keputusan berasaskan syura—serahkan kepada Allah untuk memberikan hidayah dan pertolongan. Insyaallah pertolongan Allah akan datang kepada hambaNya yang ikhlas.